STEVIA UMAZACARE

Produk Pemanis Herba atau Stevia UmazaCare ini terhasil daripada campuran ekstrak stevia cecair dan manisan Buah Monk. Kombinasi kedua-dua pemanis semulajadi ini bagi memastikan Stevia UmazaCare ini lebih sedap dan sesuai digunakan dalam makanan mahupun minuman. Dengan 1 titis, memberikan rasa manis persamaan dengan 2 sudu gula atau lebih. Stevia mengandungi 0% kalori, manakala Monk Fruit mempunyai kadar kalori yang sangat rendah. Anggaran bagi setiap 1 titis hanya mengandungi 0.00 kalori sahaja (sebelum di titiskan ke dalam makanan/minuman). Di dalam sebotol 10ml Herb Sweetener ini mempunyai antara 180 hingga 200 titis. Kandungan Vitamin C di dalam setiap titis adalah sebanyak 27.02mg.

1 Titis Herb Sweetener Mempunyai Hanya 0.00 Kcal = 2 Sudu Teh Gula (32 Kcal)

Apa Itu Stevia?

Stevia (Stevia rebaudiana) adalah pemanis Herba Semulajadi yang mempunyai 0 kalori. Disebut “Ka’a He’e” (Herba Manis) di Guarani. Penduduk di Paraguay dan sebahagian penduduk di Brazil menggunakan daun stevia sebagai pemanis selama beratus – ratus tahun dahulu kala. Herba Semulajadi ini didapati 300 kali ganda lebih manis daripada gula biasa. Ianya selamat untuk digunakan dan telah digunakan secara kormesial dibeberapa negara seperti Jepun dan Eropah. Di Malaysia, Ekstrak Stevia diklasifikasikan sebagai Pemanis Semulajadi dan dibenarkan untuk digunakan mengikut Akta Makanan 1983.

Apa Itu Buah Monk?

Monk Fruit (Siraitia grosvenorii) dipercayai berasal dari Negara China dan termasuk dalam keluarga buah kundur. Buah ini dikenali dengan banyak nama antaranya Lou Han Guo, Buah Buddha atau buah panjang umur. Buah ini banyak digunakan dalam sup atau teh herba sebagai pemanis ubat tradisional. Ia mempunyai 150 – 200 kali lebih manis daripada gula biasa dan tidak mempunyai rasa pahit. Buah ini dipercayai mengandungi pelbagai khasiat dan banyak diamalkan dalam herba perubatan tradisional cina.

Mengapa Dicampurkan Dengan Pemanis Semulajadi Monk Fruit? Dan Penjelasan Warna Stevia UmazaCare

Telah diketahui umum, kebanyakkan produk cecair stevia di pasaran mencampurkan dengan banyak Pemanis Tiruan Bukan Gula sehingga hilang sifat dan khasiat asal stevia. Tujuannya adalah bagi menghilangkan rasa pahit atau payau stevia dan membuatkan titisannya mempunyai manis yang lebih kuat. Namun produk Herb Sweetener ini mengkombinasi pemanis semulajadi stevia dan pemanis semulajadi monk fruit bagi membuatkan titisan ini lebih sedap, lebih berkhasiat kerana gabungan dua unsur iaitu herba stevia dan monk fruit dan Bebas Gula 100% dalam setiap titisannya. Warna Herb Sweetnener yang terhasil adalah warna asli dimana sama dengan warna daun stevia yang direndam dalam air panas dan warna ekstrak monk fruit.

Warna Asli Stevia

Persijilan Produk

Produk yang dihasilkan ini mempunyai Persijilan Makanan Selamat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Produk ini juga diiktiraf Halal melalui Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) JAKIM. Selain daripada kedua-dua sijil tersebut, disertakan bersama-sama ini ujian makmal atau Certificate Of Analysis (COA) terkini bagi Produk Herb Sweetener dan Herb Sweetener Enrich Vitamin C.

KENAPA SAYA PERLU AMALKAN STEVIA UMAZACARE?

DAPATKAN STEVIA UMAZACARE SEKARANG TEKAN BUTANG DIBAWAH

1 Botol Stevia UmazaCare10ml @ 200 Drop RM45.00

3 Botol Stevia UmazaCare 10ml @ 200 Drops RM100.00

Hidup Sihat Tanpa Gula, Keluarga Ceria Senantiasa Bersama Stevia UmazaCare

Scroll to Top